Tolong....Api.....!!!! Api...!!!


"Rumah terbakar panggil bomba...
Bomba datang berlumba2..."
(lagu waktu kecik2 dulu)
  Pkl 5 pagi aku dikejutkan dgn bunyi seperti meletup.Aku bingkas bangun melihat dr luar jendela bilik kakakku melihat ape yg berlaku.Terkejut besar aku terlihat Api yg menjulap2 berhampiran rmh dan bahangnye terasa sekali..tanpa berfikir panjang aku menjerit sekuat hati Tolong!!!Tolong!! rumah terbakar!!!flat yg berhampiran kelibat org ramai menyaksikan Tarzan yg entah dari mana keluar..mak aku memanggilku kerana asap hitam berkepul2 dihadapan pintu rmh.Abah pula cuba membuka pintu tetapi tidak berjaya kerana bau jelaga hitam dan asap berkepul masuk ke dlm rumah.Abah segera menutup pintu.Mak aku memanggil Kak Teh aku yg masih tidur bersama suaminya di dalam bilik mengetuk berulang kali.Kak Teh bangun dan tersentak mak memberitahu rumahnye terbakar.dia terus meluru ke bilik tamu dan tingkap utk melihat Api.Segera membangunkan suaminye yg lena tidur (tido mati) dikejut pun x bangun jugak..mak menarik tgn dia sekuat2 pun dia tdk sedar..Jeng..jeng..jeng..nak tahu ape kakak aku buat dulu? dia tutup semua suiz dan cabut plak TV LCD yg baru dibelinya masuk ke dalam bilik. Aku yg ternmpak perbuatannye terus tergelak besar.(selamatkn TV dulu dhla hutang lg..) mak pula menyampuk.."laki kau tdo lg ko slmtkn TV dulu.."dia pon menggerakkan suaminye sambil mak menampar2 Abg Khairil barulah dia terpinga2 dan mamai..melihatkan kakak aku yg menyelamatkn begnye..aku pun selamatkan beg makeup aku yg plg aku syg..hahaha..
kami semua berkumpul di brandar dapur, tidak boleh keluar kerana asap tebal.menjeritkan di seberang jln ade seorg pemuda yg memandu memberhentikan keretanya dan memandang kami. kami bercakap jarak jauh memberitahunya menelefon bomba.Pemuda dan beberapa org gadis cuba meredakan kami supaya jgn panik.Mak dh mula tercungap2 bagai hilang nafas.Mak dh panik..kami meredakan mak..jgn risau..dh telefon bomba dah..Kakak aku nak membuka grill besi x berjaya kerana panik tidak cam kuncinya..tiba2 diam shj.tp aku tahu keadaannye yg nmpk relax sebenarnya x mahu tunjuk takut2 disedari mak aku yg lemah semangat..kedengaran suara jiran2 menjerit meminta semua penghuni keluar..ketika itu semua penghuni dari tgkat atas turun dan menyuruh kami turun tp kami hanya menjawab Api terlalu dekat dgn pintu bahaya bila-bila masa boleh meletup.aku menjengah tingkap bilik dan mendapati separuh motor hancur dimakan api.
Bomba belum muncul lg tetapi kedengaran siren polis dtg ke tempat kami dan menggesa penghuni mengalihkan kenderaan yg menghalang jalan.Ada jiran yg membaling air ke tmpt itu barulah Bomba datang dengan api yg kecil saja,menarik hos dan memadamkan api kecil dan asap tebal.Alhamdulillah..kami menarik nafas lega..semuanya selamat.
kecuaian penghuni kerana meletakkan motorsikal berhampiran tangga dan membuang puntung rokok sesuka hati. P/S kepada sesiapa yg merokok tu, tlglah pastikan puntung rokok dimatikn dahulu sebelum membuangnya, nasib x kena kepala sy ptg smlm ade org campak rokok ke bwh flat dgn api rokok yg masih membara (mcm dlm lagu awie BARA) jgn kerana kecuaian anda kemalangan berlaku. betul x kemalangan le sbb klu kepala aku kena kira aku malang le.. malang tidak berbau..nnti aku yg berbau..bau hangus la.. selepas kejadian hidung kami semua berjelaga hitam..aku pulak mcm betul2 mangsa kebakaran dgn muka n tgn aku pun hitam jugak...aduyaiii ade je yg kelakar...hampeh betul..watak serius pun boleh jd lawak...aduyaiiiii

No comments: